Monday, June 17, 2019
   
Text Size

Misi Kemanusiaan IAM Ke Lombok, Indonesia

 

Usaha kemanusiaan membantu mangsa gempa bumi di Indonesia diteruskan lagi melalui kunjungan misi kemanusiaan ke Lombok Utara, Indonesia. Meskipun bumi Lombok dilanda kempa pada Ogos lepas, namun rata-rata keadaan masyarakat masih tidak jauh bezanya.

Melalui misi kali ini, pihak IAM telah berkunjung ke Panti Asuhan Mazra'Atul Akhiroh, Paok, Rempek, Kecamatan Gangga, yang terletak di Lombok Utara, Indonesia. Pihak IAM telah mengagihkan sumbangan 'SEMBAKO' iaitu bahan-bahan keperluan asasi termasuk beras, gula, minyak masak, telur dan lain-lain lagi. Penerima agihan sumbangan adalah terdiri daripada 100 penerima yang merupakan penduduk tempatan yang terjejas teruk akibat gempa pada Ogos lepas.Turut diadakan majlis pelancaran pembinaan madrasah 'Panti Asuhan Mazra'Atul Akhiroh'. Seluruh warga Panti juga diraikan dengan jamuan makan tengahari.

Misi kali ini disusuli pula dengan kunjungan ke Madrasah Diniyah Takmiliyah Darul Quran dan Yayasan Pondok Pesantren Al-Ikhwan Kecamatan Kayangan di Desa Sesait, Kabupaten, Lombok Utara bagi menyantuni anak-anak asuhan di madrasah tersebut. Menurut pemerhatian kami, anak-anak disini belajar didalam keadaan yang serba kekurangan. Bangunan madrasah yang telah musnah masih lagi menunggu bantuan untuk dibaikpulih dan dibina semula. Walaupun tidak mempunyai bilik darjah yang sempurna, namun murid-murid masih lagi meneruskan pelajaran didalam serba kekurangan, duduk diatas lantai didalam ruang yang sempit. Moga mereka tabah didalam meneruskan usaha menuntut ilmu. Kami juga mengharapkan semoga lebih ramai pihak yang prihatin terhadap nasib mereka ini.

Rata-rata penerima sumbangan dan melahirkan rasa kesyukuran diatas sumbangan ini. Diharapkan semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga mereka terus tabah dan beroleh kekuatan bagi meneruskan kehidupan.

 

Login Form