Info Terkini
Jejak Prihatin 2012 Bersama Etiqa Takaful
Alor Setar, Kedah, 5 Mei 2012- Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Etiqa Takaful Berhadhari ini telah mengadakan program kemanusiaan bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan melalui program `Jejak Prihatin 2012’– Fasa1 Peringkat Wilayah Utara yang melibatkan Negeri Kedah &juga Negeri Perlis.
Program amal ini, merupakan salah satu daripada program kemanusiaan peringkat tempatan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) dibawah program `Komuniti Setempat’. Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM)telah menggunakan konsep ziarah bagi melihat sendiri dan merasai kesusahan serta penderitaan yang mereka hadapi.Melalui program ini juga, ia turut menyediakan platform...
Jejak Prihatin Dan Pembaikan Madrasatul Hikmah
Likas, Sabah, 26 April 2012- Menjejaki mereka yang kurang berkemampuan dan membantu mereka mengurangkan beban penderitaan yang dihadapi merupakan satu usaha kebajikan Islamic Aid Malaysia(IAM) dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tempatan.
Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (Islamic Aid Malaysia) dengan kerjasamaTakaful Ikhlas Sdn.Bhd. hari ini telah mengadakan program kemanusiaan bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan melalui program ‘JejakPrihatin dan Pembaikan Madrasah’ di MadrasatulHikmah, Likas, Sabah.
Program amal ini, merupakan salah satu daripada projek kemanusiaan peringkat tempatananjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) di...
Sinar Di Bawah Bayu
Sinar Di Bawah Bayu, anjuran bersama Ikim.FM, Islamic Aid Malaysia dan Zeelwafa Holidays merupakan sebuah program yang cukup istimewa disertai oleh seramai kira-kira 80 peserta yang terdiri daripada warga Ikim.FM serta para pendengar setia Ikim.FM. Melalui program ini, para peserta telah mengikuti kembara ilmu dan juga kemanusiaan selama 3 hari 2 malam, di sekitar Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah. Berbagai pengisian berilmu serta sesi lawatan ke tempat-tempat menarik telah diadakan. Program ini telah berlangsung dari 13 sehingga 15 April 2012. Di hari kedua program, bertempat di pekan Kundasang, satu majlis penyerahan sumbangan bantuan kemanusiaan telah diadakan bagi golongan yang memerlukan...
Baca selanjutnya...Kunjungan Amal Datuk Sharifah Aini Bersama IAM Ke Negeri Kelantan
Baru-baru ini Islamic Aid Malaysia(IAM) dan Datuk Sharifah Aini telah berkunjung ke Negeri Kelantan bagi meneruskan misi kemanusiaan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Kunjungan amal ini telah dapat perhatian dan sokongan daripada Sudara Beach Resort dalam menganjurkan program ‘Majlis Makan Malam Amal Bersama Datuk Sharifah Aini’ pada 25 Februari 2012 yang lalu bertempat di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan.
Program amal ini bertujuan untuk meraikan golongan yang kurang berkemampuan disekitar daerah Bachok, dimana ia melibatkan anak-anak yatim, kanak-kanak ’DownSyndrom’ dan juga golongan kurang upaya. Uniknya, majlis makan malam amal ini...
Bonanza Amal 'Hope2Walk' -Kumpul Dana Bantu Pesakit Cerebral Palsy
Kuala Lumpur, 04 Februari 2012- Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama IKIM.fm dan Jabatan Muzium Malaysia telah menganjurkan program ’ ‘Bonanza Amal Hope2walk’ bertempat di Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur. Bonanza Amal ini diadakan sebagai usaha mengumpul dana bagi membantu pesakit Celebral Palsy atau lumpuh otak.
Konsep program amal ini adalah dengan mengumpul dan menjual semula barangan terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai di mana hasil daripada jualan barangan ini akan disalurkan kepada adik An-Nur Bt Mohd Affendi yang mengalami penyakit Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease untuk mendapatkan rawatan di Erkang Hospital di...
Kumpulan Sasar
Warga OKU
Warga OKU yang memerlukan juga tergolong di dalam kumpulan sasaran bagi menerima bantuan kemanusiaan Islamic Aid Malaysia. Ini kerana, kebanyakan warga OKU hidup di dalam keadaan yang serba kekurangan akibat daripada kekurangan dari segi mental ataupun fizikal yang mereka miliki. Meskipun terdapat golongan OKU yang mampu bekerja, tetapi pada umumnya, komuniti OKU menghadapi masalah mencari pekerjaan yang sesuai dan terpaksa bergantung hidup dengan ahli keluarga dan masyarakat sekeliling bagi menjalani kehidupan seharian. Di samping bantuan berbentuk fizikal, peningkatan kesedaran umum di kalangan masyarakat juga adalah penting di dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup golongan OKU...
Baca selanjutnya...Masyarakat Orang Asli
Masyarakat orang asli juga tergolong di dalam kategori kumpulan sasar utama penerima bantuan Islamic Aid Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti penduduk pri bumi di Malaysia.
Masyarakat Orang Asli terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza-beza.
Akibat dari kepelbagaian suku kaum ini, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup, pertuturan bahasa yang digunakan, kebudayaan dan adat resam.
Rata-rata komuniti orang asli lebih selesa memegang tradisi dan memilih cara hidup yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Disebabkan itu, sebilangan besar masyarakat orang menghadapi kesukaran untuk menerima perubahan dan arus kemodenan.
Meskipun berbagai usaha telah dijalankan...
Mangsa-Mangsa Bencana
Mangsa-mangsa tragedi dan bencana merupakan salah satu diantara kumpulan sasaran utama bantuan kemanusiaan Islamic Aid Malaysia. Apabila terjadinya kemalangan atau bencana alam, mangsa seringkali berada di dalam kesulitan, kehilangan harta benda mahupun perlindungan. Mangsa bencana juga sering mengalami trauma akibat kehilangan segala yang dimiliki di dalam sekelip mata. Keadaan juga boleh menjadi bertambah parah apabila bencana yang berlaku melibatkan kemalangan jiwa. Oleh itu, kumpulan ini sangat-sangat memerlukan bantuan segera sebagai persediaan bagi pemulihan dan pembangunan semula. Di dalam usaha untuk mengurangkan kesengsaraan dan kesulitan mangsa-mangsa bencana, usaha Islamic Aid Malaysia....
Baca selanjutnya...Anak-Anak Yatim Yang Kurang Bernasib Baik
Anak-anak yatim dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik juga tergolong di dalam kumpulan sasaran Islamic Aid Malaysia. Antara kumpulan anak-anak yatim yang diutamakan adalah anak-anak yatim yang tinggal di rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim kehilangan bapa yang masih tinggal bersama keluarga. Akibat dari ketiadaan tempat bergantung, golongan ini memerlukan bantuan bagi keperluan asasi dan fizikal. Meskipun keperluan asasi mereka masih dapat dipenuhi, kesempitan hidup, serta kekurangan dana bagi sesetengah rumah kebajikan memaksa kanak-kanak ini mendapat kualiti hidup yang rendah. Kekurangan makanan berkhasiat , tidak berkualiti serta kekurangan peralatan dan buku tambahan persekolahan...
Baca selanjutnya...Warga Emas Yang Memerlukan
Warga emas ditakrifkan sebagai golongan warga tua yang berusia 60 tahun ke atas. Di kalangan masyarakat tempatan, masih terdapat sebilangan warga emas yang hidup di dalam serba kekurangan dan sangat-sangat memerlukan. Kumpulan sasaran bagi kategori warga emas adalah terdiri daripada warga emas yang tidak memiliki tempat bergantung, yang tinggal di rumah-rumah kebajikan dan juga warga emas yang tinggal bersendirian di dalam keadaan yang sangat menyedihkan di kampung halaman masing-masing. Berdasarkan tinjauan, kajian serta pengalaman Islamic Aid Malaysia, masih terdapat sebilangan besar warga emas yang memerlukan dan terpaksa bergantung hidup dengan ihsan daripada saudara-mara dan masyarakat...
Baca selanjutnya...Golongan Ibu Tunggal Yang Memerlukan
Kumpulan ibu tunggal adalah terdiri daripada para ibu yang tidak mempunyai suami akibat dari kematian atau perceraian, dan terpaksa memikul beban mencari nafkah bersendirian bagi membesarkan anak-anak. Rata-rata ibu tunggal mengalami kesempitan hidup kerana tiada tempat bergantung dan terpaksa mengharapkan sokongan keluarga dan masyarakat sekeliling. Golongan ini menjadi antara kumpulan sasaran utama berikutan beberapa isu sosial dan ekonomi yang sering menghimpit para ibu tunggal ini. Secara lazimnya,meskipun memikul tanggungjawab selaku penjana utama pendapatan ekonomi keluarga, seringkali golongan wanita menerima pulangan yang kurang daripada ketua keluarga lelaki. Majikan mahupun masyarakat...
Baca selanjutnya...Warga Miskin dan Daif
Kumpulan sasaran utama bagi penerima sumbangan bantuan kemanusiaan Islamic Aid Malaysia adalah golongan warga miskin, daif yang memerlukan. Secara umumnya, golongan miskin boleh ditakrifkan sebagai golongan yang hidup di dalam serba kekurangan, samada kekurangan dari sudut keperluan asasi seperti makanan dan tempat tinggal, mahupun keperluan sosial seperti kemudahan kesihatan, pelajaran dan sebagainya. Di Malaysia, lazimnya konsep kemiskinan dilihat sebagai kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak diukur dengan menggunakan perbandingan antara jumlah pendapatan isirumah dengan tahap pendapatan garis kemiskinan (PGK). PGK merupakan satu jumlah pendapatan minimum, secara...
Baca selanjutnya...Program Bantuan
Kasih Qurban
PROGRAM “KASIH QURBAN” ANJURAN “ISLAMIC AID MALAYSIA”
Keutamaan Untuk Masyarakat Tempatan
"BERKORBANLAH KE ARAH KEBAJIKAN"
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk,bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak disuatu tempat disisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannmya.”
(HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha atau Hari Raya Qurban,...
Bantuan Kecemasan Akibat Bencana
Program bantuan kecemasan adalah program bantuan kemanusiaan segera akibat daripada bencana alam atau kemusnahan yang disebabkan oleh peperangan atau konflik kemanusiaan samada diperingkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa. Hakikatnya, bencana alam datang dalam pelbagai tahap dan bentuk. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Bencana yang tidak terduga biasanya mengakibatkan kemusnahan struktur, harta benda malahan kehilangan nyawa manusia. Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun, dalam keadaan tertentu, bencana alam juga...
Baca selanjutnya...Program Bermusim
Kasih Ramadhan
Program 'Kasih Ramadhan' merupakan salah satu daripada program bermusim anjuran Islamic Aid Malaysia. Program tahunan ini diadakan pada bulan Ramadhan bagi mengurangkan beban penderitaan golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia dalam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Program ini bertujuan menyediakan bekalan makanan yang berkhasiat sebagai usaha untuk mengurangkan masalah kurang nutrisi atau kurang zat dikalangan golongan miskin dan mereka yang memerlukan.
Program amal ini dilaksanakan dengan cara mengedarkan pek makanan yang bernilai 50 ringgit kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, golongan orang kurang upaya serta golongan yang...
Sara Hidup
Program sara hidup adalah program jangka panjang khusus untuk ibu-ibu tunggal yang mempunyai kemahiran dan kebolehan. Melalui program ini, pihak pertubuhan akan membuat pembiayaan modal untuk memulakan perniagaan dan juga pembiayaan peralatan seperti mesin jahit, peralatan memasak dan sebagainya. Program penjanaan pendapatan ini dapat memberi sokongan kepada golongan yang terbabit untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan simpati orang ramai semata-mata. Melalui program ini juga, pihak pertubuhan akan membantu individu terbabit untuk mendapat latihan dan bimbingan daripada pihak-pihak yang berkaitan bagi menigkatkan lagi kemahiran yang mereka ada. Pemantauan secara berterusan juga akan dilakukan...
Baca selanjutnya...Makanan Asas
Program bantuan makanan asas merupakan program yang dilaksanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan beban golongan yang memerlukannya. Program ini bertujuan untuk menyediakan bekalan makanan yang berkhasiat sebagai usaha untuk mengurangkan masalah kurang nutrisi atau kurang zat dikalangan golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Program bekalan makanan asas merupakan progam pengagihan barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu, sardin, tepung dan lain-lain lagi. Program ini dilaksanakan mengikut garis panduan pemakanan sihat dimana setiap pek makanan mengandungi bekalan nutrisi yang terdiri daripada sumber tenaga dan karbohidrat (60%), protein (35%) dan lemak (5%). ...
Baca selanjutnya...Kesihatan
Program kesihatan merupakan salah satu daripada cabang bantuan yang dilaksanakan oleh pertubuhan Islamic Aid Malaysia. Program Kesihatan ini melibatkan perlaksanaan program berbentuk program bantuan pemeriksaan kesihatan, program pendedahan penjagaan kesihatan yang baik dan pembiayaan kos rawatan kesihatan. Program-program ini dikhususkan kepada golongan yang kurang mendapat pendedahan mengenai kesihatan terutamanya golongan miskin dari luar bandar serta masyarakat orang asli. Ini merupakan program berbentuk pendidikan bagi mendidik golongan yang kurang berkemampuan ini untuk mendapat pengetahuan terkini mengenai isu-isu kesihatan. Melalui program ini juga, ia menjadi platform kepada golongan...
Baca selanjutnya...Perlindungan
Pendidikan
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan. Tahap pendidikan akan menentukan sejauhmana ketamadunan sesuatu bangsa. Melihat kepada kepentingan ini, Islamic Aid Malaysia meletakkan keutamaan dalam menyalurkan bantuan bagi program-program berbentuk sokongan pendidikan.
Diantara program-program yang dijalankan adalah program pembiayaan perpustakaan, bahan-bahan bacaan dan juga pakaian serta peralatan sekolah khusus untuk anak-anak yatim dan golongan kanak-kanak kurang bernasib baik.
Program Pembiayaan Perpustakaan
Projek unik yang mensasarkan satu rumah anak yatim satu perpustakaan ini merupakan antara bantuan kemanusiaan yang disalurkan melalui pendidikan. Melalui...
Hadis Pilihan
Audio Doa Pilihan
IAM Twitter
IAM Facebook
Arkib Berita
-
Jejak Prihatin 2012 Bersama Etiqa TakafulAlor Setar, Kedah, 5 Mei 2012- Islamic Aid Malaysia...Baca selanjutnya..
-
Jejak Prihatin Dan Pembaikan Madrasatul HikmahLikas, Sabah, 26 April 2012- Menjejaki mereka yang...Baca selanjutnya..
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8



